Thursday, April 8, 2010

"Hikmah Al-Quran Diturunkan Beransur-ansur" dan "Antara Manusia dan Buah"...


Hikmah Al-Quran diturunkan beransur-ansur


AL-QURAN diturunkan beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.


Hikmah Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur :


1. Lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya ia diturunkan sekali gus secara banyak. Hal ini disebutkan oleh Imam Bukhari dan riwayat Aisyah,


"Antara ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan permasalahan pada waktu itu. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus." (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasakh dan mansukh).


2. Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku akan lebih mengesankan dan berpengaruh di hati.


3. Memudahkan penghafalan.


4. Orang musyrik bertanya mengapakah Al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran ayat 32, surah al-Furqan. "Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus?"


Dijawab dalam ayat itu sendiri: "Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu." Ada antara ayat itu jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan.


Ini seperti dikatakan oleh lbnu `Abbas. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau Al-Quran diturunkan sekali gus.



Antara Manusia dan Buah-buahan


Untuk renungan semua:


=Jangan Suka Mendedah Tubuh


Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus :

- Jagung membungkus bijinya yang banyak.

- Sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


=Setia Terhadap Pasangan


Jadilah seperti pohon pisang :

- Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


=Kecantikan Dalaman


Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong :

- Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,

tetapi di dalamnya lembut dan manis.

- Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya

ada biji yang berduri.


=Jaga Kesucian Dalam Pergaulan


Jadilah seperti sengkuang :

- Walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.


"Unzur ma qul wa la tanzur man qul..." Yang baik dari Allah... Lihatlah kepada ciptaan Allah, Jangan lihat kepada ZatNya kerana kita tidak mampu memikirkan ZatNya... Wallahua'lam...

Monday, April 5, 2010

Menyingkap Kontra Perbezaan Sifat Manusia...

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita


Kegagahan seorang wanita bukan kepada kepejalan otot badan, tetapi pada kekuatan
perasaan. Perempuan yang gagah, adalah :

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik, adalah :

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, walaupun setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dalam konflik tak berkesudahan
.
5) Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir untuk melakukan kebaikan.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa. jauh sekali untuk mengeluh berkali-kali.

Kecantikan lelaki berdiri diatas kemuliaan hati.. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki.

Sabda Rasulullah SAW : "Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat".

Surah Al-Ahzab : Ayat 71 “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”


Akhir kalam : Segala yang baik dari Allah. Seandainya terdapat kesalahan harap dapat sahabat pembaca sekalian betulkan. Wasalam.

Sebarang perkongsian boleh melalui email berikut : ( rijaludeen@gmail.com )

Mana Lebih Haram???

Hayatilah kisah di bawah...


ANTARA PEGANG AWEK DAN ANJING!?


LEMBU : Hai Anjing, Apa khabar? Macam ada yang tak kena je?


ANJING : Aku tengah tension ni. Mahu aje aku gigit manusia tadi.


LEMBU : Eh? Kenapa pulak?


ANJING : Tadi aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan sedang berkepit. Tiba-tiba si lelaki tu terperasan aku. Lepas tu dia terperanjat dan terus melompat lalu berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".


LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat (mughallazoh) bagi manusia. Biasalah tu.


ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?


LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.


ANJING: Wah! Tu dia! Ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Sedikit Penjelasan: Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram."


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci @ disamak (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat yang BESAR.


Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


Sentuh??? Dulu, saya pelik, kenapa pegang tangan pun mesti dijadikan salah satu garis pandu dalam proses "pengcouplelan"? Bukankah pegang tangan sesama bukan muhrim itu haram, garis panduan untuk orang Islam, bukan hanya bila couple? Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam kehidupan orang Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.


Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi.


Begitu juga dengan bangun subuh. Kalau orang yang masih berselimut walaupun dah dengar azan subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi. "Heleh, bid'ah betul. Selimut, selimutlah. Kulit orang, kulit oranglah. Mana nak sama dengan kulit babi?" Bendanya memang tak sama. Dosanya sama. Bukankah semua amalan, dosa dan pahalanya bergantung pada niat? :)


Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kalau Ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya. Kita akan ingat, walaupun hanya makwe/pakwe kita saja yang tahu apa yang kita buat, tapi Tuhan nampak dan tahu setiap sesuatu.


Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati, DIA (Allah) yang Maha Mengetahui. DIA menguji kita, ingatkah kita pada DIA? Back to the root. Back to Allah.


Akhir kalam : Segala yang baik dari Allah. Seandainya terdapat kesalahan harap dapat sahabat pembaca sekalian betulkan. Wasalam.

Sebarang perkongsian boleh melalui email berikut : ( rijaludeen@gmail.com )