Wednesday, October 13, 2010

Wala' kepada Pimpinan (khusus kepada ahli gerakan Islam)...

Ada video atas ni, ce klik.

Assalamualaikum... Salam satu akidah perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini... Dalam post kali ini ana ingin berkongsi satu video ceramah yang berumur 2 tahun lebih... Perkongsian ceramah ini menerangkan perihal Walak dan Tsiqah dalam sesebuah organisasi khususnya gerakan Islam...

Ceramah disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Al-Ustaz Nasrudin bin Hasan At-Tanthawi... Mengandungi penerangan secara detail berkaitan Perjanjian Hudaibiah... Insyaallah sama-sama kita dengarkan...

Saturday, September 4, 2010

AKHLAK dan ADAB dalam BERJEMAAH


Salam Ukhuwah Islamiah... Sedikit perkongsian sempena Ramadhan ini... Nukilan ini ku copy dari salah satu laman web yang diyakini kesahihan ilmunya...

MUQADDIMAH
Kemantapan sesebuah Harakah Islamiyyah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.

Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjemaah. Akhlak dan adab berjemaah menjadi cerminan kepada sesebuah jamaah untuk dilihat baik dan sempurna yang mampu dicontohi oleh manusia-manusia yang lainnya. Akhlak inilah yang dipertontonkan oleh Rasulullah saw sebagai batu asas kepada kegiatan dakwah sehinggalah akhlak baginda dikagumi oleh musuh-musuhnya. Bagi meletakkan perjuangan ini diterima dan direstui oleh Allah swt serta mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:


1. IKHLAS

Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaanNya dengan menegakkan agamaNya sehingga didaulatkan. Abu Musa al Asy’ari menceritakan : Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw, dia berkata : Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahukan disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah? Sabda Rasulullah: sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.

Ini bermaksud perjuangan untuk menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samada melalui pilihanraya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang ikhlas. Firman Allah swt: Maksudnya: “Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus” (Al Bayyinah : 5)

Apabila mengikhlas niat kerana Allah semata-mata maka mestilah memberishkan hati daripada sifat-sifat yang merosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah. Antara tanda-tanda ikhlas dalam diri seorang pejuang Islam adalah:

  1. Nawaitu yang jelas dan tepat hanya kerana Allah. Tidak meletakkan sasaran untuk menjadi pimpinan atau sebagainya yang merosakkan niat. 
  2. Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan. Sikap hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan diri dikala tidak berjawatan adalah sikap negative yang manzahirkan ketidakikhlasan dalam perjuangan. Contohilah Khalid al Walid di dalam menjalankan tugas (kisah Khalid al-Walid yang menerima surat perletakan jawatannya oleh Khalifah Umar al Khattab)
  3. Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran.
  4. Tidak bermain alasan untuk mengelakkan diri dari aktiviti jamaah.
  5. Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan sungguhpun ia tidak bersesuaian dengan keinginan diri.
  6. Prihatin terhadap keperluan jamaah. Sentiasa mengutamakan aktivit jamaah dari aktiviti sendiri dan menganggap semua aktiviti jamaah adalah penting untuk diikuti dan dilaksanakan.
  7. Bertolak ansur dalam mengendali gerak kerja dan permasalahan jamaah.
  8. Menghormati generasi terdahulu sekalipun mereka serba kekurangan, kelemahan kerana sekurang-kurangnya menjadi mata rantai yang menyambung perjuangan ini. (bukan mengagungkan)
  9. Sentiasa mengadakan muhasabah terhadap apa jua tindakan / aktiviti jamaah. Merasakan diri adalah lemah dan kerdil dan serba kekurangan justeru cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut.
2. ISTIQOMAH


Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung kearah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya: Maksudnya: “ Maka kamu mestilah istiqomah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu” (Yunus : 189)

Apabila Abu Suffian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw: “katakanlah kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain darimu. Sabda Rasulullah saw:” katakanlah aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqomahlah”. Dalam Hadis Nabi yang lain:

Maksudnya:“Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan”


3. TAAT

Ketaatan lahir dari sikap percaya-mempercayai (tsiqah) di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah:“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan ulil Amri (pemimpin dikalangan kamu)” (An Nisa’ : 59)


4. DISIPLIN

Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaimana berikut:
a) Tatatertib dan kelakuan diri.
b) Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.
c) Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.
d) Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan.

Adapun disiplin di dalam jamaah telah ditetapkan di dalam perlembagaan secara tegas. Mereka yang melanggar disiplin jamaah akan dikenakan hukuman melalui Unit Hisbah yang dibuat untuk memantau disiplin ahli. Antara disiplin secara umum di dalam jamaah adalah:
a) Taat kepada hokum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah.
b) Patuh kepada perlembagaan jamaah serta aturan dan peraturannya.
c) Taat kepada arahan dan perintah Jamaah.
d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah.
e) Menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah.
f) Beramal dengan akhlak Islam.
g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan jamaah.


5. PERCAYA DENGAN PERTOLONGAN DAN JANJI DARI ALLAH

Seseorang yang menceburkan dirinya dengan perjuangan Islam mestilah percaya kepada jaminan Allah dan janjinya di dunia dan akhirat, ini hendaklah dengan adanya sifat taqwa, mengerjakan perintah dan menjauhi laranganNya, serta tidak mundur walau sedikitpun dalam arus medan perjuangan.

Dalam sejaran Nabi Muhammad saw dan orang-orang yang bersama-sama dengan baginda melakukan hijrah dan orang Ansar yang menerima dan memberi tempat kepada Islam di tanah air mereka yakin kepada janji Allah di dunia dan akhirat, walaupun tidak ada satupun wawasan yang dapat dilihat dengan mata kasar menandakan kemenangan Islam, namun siapa menyangka bahawa akhirnya Rasulullah saw berjaya juga membuka kota Makkah dengan jayanya begitu juga nur Islam berjaya melepasi tembok sempadan geografi dan menembusi kota-kota Rom dan Parsi, sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka sebelumnya.


6. UKHUWAH (Persaudaraan)

Ahli-ahli jamaah di semua peringkat laksana batu-bata yang berselerak dan perlu diikat teguh dan kuat dengan hubungan yang erat di antara satu sama lain. Bagi menunjukkan betapa perlunya persaudaraan ini, maka Rasulullah saw menjadikan di antara perkara pertama ketika hijrah ialah mempersaudarakan di kalangan Muhajirin dan Ansar.

Antara kegiatan yang dpat menjalinkan hubungan persaudaraan adalah dengan adanya usrah yang dapat mengeratkan persaudaraan kerana perkataan usrah sendiri membawa maksud keluarga yang tujuan utamanya adalah untuk menyelesaikan masalah secara kekeluargaan. Selain itu program-program secara amal jamaie seperti gotong royong, kerja-kerja kebajikan, perhimpunan (liqo’ Fiqri) semuanya adalah program berbentuk ukhwah yang dapat memandu ikatan ukhwah yang lebih erat.

7. KERAHSIAAN (Sirr)

Perjuangan Islam ini dikepung oleh musuh-musuh yang ramai dari segenap penjuru, mereka sentiasa mengintip segala kegiatan jamaah untuk menentangnya, oleh itu setiap anggota jamaah perlu menjaga kerahsiaan (hazar), supaya rahsia-rahsia dalaman dapat terus terpelihara dengan baik. Ia juga supaya dapat membantu mengekalkan survival jamaah.

Ada perkara yang perlu diberitahu kepada semua masyarakat, iaitu yang berkaitan dengan dakwah dan penerangan. Adapun perkara yang berkaitan dengan strategi dan urusan dalaman, hanya ahli-ahli sahaja yang boleh tahu dan menjadi satu kesalahan besar apabila ada anggota yang sengaja membocorkan rahsia jamaah. Ia ibarat seperti mengkhianat yang kesannya akan membantutkan usaha dan strategi jamaah, membahayakan ahli-ahli yang lain, dan sebagainya.


8. TIDAK LEKA DENGAN PENCAPAIAN YANG ADA

Dalam menghadapi tentangan dari musuh-musuh Islam, kadangkala gerakan Islam mampu untuk berada dalam situasi yang menyenangkan seperti memenangi pilihanraya, berjaya dalam satu-satu aktiviti, keahlian bertambah, berjaya mengurangkan tekanan dan seumpamanya. Namun kesemua itu tidak dapat kita banggakan kerana kadangkala pencapaian itu bersifat sementara.

Lihatlah sirah bagaimana dalam peperangan Uhud pada mulanya Islam berjaya mencapai kemenangan awal, namun atas kealpaan dan kelekaan akhirnya tentera Islam dikalahkan oleh puak-puak musuh. Kejayaan dan kemenangan yang diukir haruslah diiringi dengan kesyukuran dan sentiasa bermuahasabah adakah kemenangan ini kemenangan yang hak ataupun pencapaian ini sekadar istidraj (kemurkaan) Allah.


9. MENUNAIKAN JANJI DAN BERILTIZAM DENGANNYA

Dalam hal ini Allah swt mengingatkan kita dalam FirmanNya: Maksudnya: “Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji, dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu, sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan” (An Nahl: 91)

Akhlak yang baik dikalangan ahli jamaah adalah sentiasa menunaikan janji samaada kepada kawan ataupun kepada musuh-musuh. Tidak menunaikan janji akan mengakibatkan hilangnya tsiqah (kepercayaan) orang lain kepada diri kita.


10. TIDAK MELAMPAU

Allah swt melarang sikap dan tindakan yang melampau walaupun terhadap musuh di medan perang, maka terlebih utama terhadap sesama sendiri dan ketika muwajahah salasiyah @ muwajahah silmiyah. Sikap melampau akan mengurangkan kawan, meramaikan musuh, melambatkan kemenangan, serta mengurangkan keindahan Islam yang cuba dibawa.

Sabda Nabi saw:“Permudahkan (segala urusan), jangan dipersulitkan, ajaklah dengan baik dan janganlah menyebabkan orang menjauh”. (H.R. Bukhari) Sikap melampau seringkali berlaku kadangkala dalam urusan yang remeh (furu’) dan inilah yang menjadi batu penghalang kepada kemajuan gerakan Islam. (perkara furu' seperti khlif ulama' dan sebagainya)


AKHLAK & SIFAT-SIFAT SEORANG PIMPINAN

1. Pemimpin mestilah dari orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi dari penyakit-penyakit hati yang meruntuhkan amalan seperti riya’, tidak kasihkan pangkat dan jawatan, tidak berebut untuk jadi pemimpin atau sombong dan lain-lain.

2. Mempunyai akal yang waras, kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya menganalisa berbagai persoalan serta dapat memahami dan bertindak dengan baik terhadapnya. Ia mestilah bukan seorang yang kerap lupa (pelupa) atau tertutup pemikirannya.

3. Mesti bersifat dan berakhlaq lemah-lembut, kasihan belas dan mudah berurusan. Pimpinan akan terdedah kepada pelbagai ragam manusia. Oleh itu pimpinan perlu memudahkan urusan manusia lainnya dan jangan menjauhkan dan menjarakkan diri dari pergaulan dengan masyarakat.

4. Berani dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli. Alangkah bahayanya ke atas jamaah jika terdapat pimpinan yang penakut dan bertindak membuta tuli. Dasar keberanian ialah ketetapan hati dan kepercayaan terhadap Allah serta kosong hati dari sifat wahan, iaitu kasihkan dunia dan takut mati. Keberanian yang dituntut ialah berterus terang dalam menyatakan kebenaran, menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan, dan berlapang dada.

5. Tawadhu’ dan tidak meninggi diri ke atas orang lain. Kesombongan adalah penyakit yang menyebabkan hati tertutup untuk didekati. Inilah penyakit yang paling sukar diubati oleh pimpinan.

6. Menunaikan janji dan perjanjian. Akhlak ini adalah antara akhlaq yang paling dituntut ke atas umat Islam secara umum dan bagi mereka yang bekerja dalam jamaah secara khusus. Akhlaq ini akan mewujudkan suatu suasana kerja yang damai, penuh dengan kepercayaan, ketenangan dan kerjasama. Menunaikan janji adalah suatu tuntutan agama dan mengingkari janji akan memahatkannya sebagai calon ‘munafik’.

7. Sabar. Pimpinan adalah golongan yang paling banyak dijui dengan kesabaran. Pimpinan perlulah golongan yang paling banyak bersabar di dalam menghadapi kerenah ahli-ahli dalaman serta ancaman luaran. Kerana kesabaran pimpinan akan menjadi ukuran kepada anggota bawahan untuk terus cekal dan istiqomah dalam perjuangan.

8. Suci diri dan mulia. Antara cirri seorang pemimpin adalah orang yang mampu mengawal diri dari mengikut tuntunan hawa nafsunya dan keseronokan dunia. Ia perlulah mampu mengawal diri dari mengikut hawa nafsu dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti oleh orang bawahannya.

9. Adil dan saksama walaupun kepada diri sendiri. Pemimpin perlu bersikap adil dan saksama. Adil beerti meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberi hak kepada mereka yang berhak menerimanya dan membuat keputusan dengan adil walaupun ia akan merugikan dirinya sendiri.


AKHLAK DAN ADAB SEORANG PENGIKUT

Di peringkat awal ada dibincangkan akhlak dan adab berjenaah secara umum, dan di sini secara ringkas dibentangkan adab dan akhlak seorang pengikut.
  1. Beriman dan rajin beribadah
  2. Mengutamakan kepentingan jamaah lebih dari dirinya dan memberikan komitmen sepenuhnya.
  3. Mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh jamaah.
  4. Beriltizam dengan kefahaman yang betul dan menyeluruh terhadap Islam.
  5. Menjadi orang yang setia (tidak khianat) dan amanah terhadap tugas yang diberikan.
  6. Menguatkan diri dengan jihad di jalan Allah.
  7. Melatih diri untuk berkorban di jalan Allah dengan diri, harta, masa dan tenaga.
  8. Merasa hormat (thiqah) terhadap pimpinan dan sesama ahli yang lain serta merasa kasih sayang terhadap sesama ahli yang lain.
  9. Sentiasa peka dengan suasana sekeliling.
SOALAN PERBINCANGAN
  • Bincangkan kaedah yang terbaik untuk memantau akhlak dan disiplin ahli di dalam jamaah?
  • Senaraikan akhlak-akhlak dan adab hidup berjemaah selain dari apa yang telah dinyatakan.
  • Bincangkan kriteria-kriteria akhlak atau adab yang perlu ada pada seorang pimpinan dan pengikut.
Rujukan :
  1. Model Kerajaan Islam (Y.B Dato’ Haji Haron Taib)
  2. Pra Syarat Kemenangan Kita ( Ustaz Hj Nasruddin Hassan At Tantawi )
  3. Manhaj Daurah Tadribiyyah
  4. Jalan Da’wah : Antara Qiyadah dan Jundiyyah. Mustafa Masyhur. Dewan Pustaka Fajar. Shah Alam : 2001

Sunday, August 29, 2010

Bagaimana Nak Pilih Bahan Bacaan yang Berkualiti???



Assalamualaikum Warahmatullah... Ana ucapkan Selamat Beribadat di Bulan Ramadhan yang mulia ini... Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapatlah ana menggagahi jari untuk menaip sedikit perkongsian mengenai tajuk diatas ini...


Sebelum ana melalut terlebih jauh, ingin dikatakan bahawa tajuk diatas ini ana dapat melalui perantaraan sebuah whiteboard yang mana board tersebut kerapkali diiisi tulisan-tulisan yang mencelarukan kepala ana (mungkin kerana migrain)... (Panjang jugak ceritanya)


Di shortcut kan...


Namun, perkara ini akan saya buat dalam bersiri-siri kerana masa dan ilmu yang memerlukan kajian dan bacaan... Insyaallah saya akan kongsi setakat yang termampu...


Sahabat sekalian, untuk pengetahuan dalam ilmu Al-Masadir Li Al-Dirasat Islamiah menyatakan bahawa sumber rujukan atau bahasa mudahnya kita katakan sebagai bahan bacaan dibahagikan kepada dua jenis...


Pertamanya disebut Al-Masadir ( المصادر ) iaitu sumber rujukan yang utama dalam sesuatu bidang ilmu atau lebih dikenali dalam bahasa melayu sebagai masterpiece.


Keduanya disebut sebagai Al-Maraji' ( المراجع ) iaitu sumber rujukan kedua atau sekunder dalam sesuatu bidang ilmu.


Setakat itu sahaja untuk kali ini... Insyaallah akan bersambung sekiranya nikmat nyawa dan ilmu dan sebagainya kurniaan dari Allah masih dipanjangkan tempoh pinjamannya...


Wasalamualaikum...

Thursday, April 8, 2010

"Hikmah Al-Quran Diturunkan Beransur-ansur" dan "Antara Manusia dan Buah"...


Hikmah Al-Quran diturunkan beransur-ansur


AL-QURAN diturunkan beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.


Hikmah Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur :


1. Lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya ia diturunkan sekali gus secara banyak. Hal ini disebutkan oleh Imam Bukhari dan riwayat Aisyah,


"Antara ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan permasalahan pada waktu itu. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus." (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasakh dan mansukh).


2. Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku akan lebih mengesankan dan berpengaruh di hati.


3. Memudahkan penghafalan.


4. Orang musyrik bertanya mengapakah Al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran ayat 32, surah al-Furqan. "Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus?"


Dijawab dalam ayat itu sendiri: "Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu." Ada antara ayat itu jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan.


Ini seperti dikatakan oleh lbnu `Abbas. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau Al-Quran diturunkan sekali gus.



Antara Manusia dan Buah-buahan


Untuk renungan semua:


=Jangan Suka Mendedah Tubuh


Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus :

- Jagung membungkus bijinya yang banyak.

- Sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


=Setia Terhadap Pasangan


Jadilah seperti pohon pisang :

- Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


=Kecantikan Dalaman


Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong :

- Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,

tetapi di dalamnya lembut dan manis.

- Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya

ada biji yang berduri.


=Jaga Kesucian Dalam Pergaulan


Jadilah seperti sengkuang :

- Walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.


"Unzur ma qul wa la tanzur man qul..." Yang baik dari Allah... Lihatlah kepada ciptaan Allah, Jangan lihat kepada ZatNya kerana kita tidak mampu memikirkan ZatNya... Wallahua'lam...

Monday, April 5, 2010

Menyingkap Kontra Perbezaan Sifat Manusia...

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita


Kegagahan seorang wanita bukan kepada kepejalan otot badan, tetapi pada kekuatan
perasaan. Perempuan yang gagah, adalah :

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik, adalah :

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, walaupun setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dalam konflik tak berkesudahan
.
5) Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir untuk melakukan kebaikan.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa. jauh sekali untuk mengeluh berkali-kali.

Kecantikan lelaki berdiri diatas kemuliaan hati.. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki.

Sabda Rasulullah SAW : "Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat".

Surah Al-Ahzab : Ayat 71 “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”


Akhir kalam : Segala yang baik dari Allah. Seandainya terdapat kesalahan harap dapat sahabat pembaca sekalian betulkan. Wasalam.

Sebarang perkongsian boleh melalui email berikut : ( rijaludeen@gmail.com )

Mana Lebih Haram???

Hayatilah kisah di bawah...


ANTARA PEGANG AWEK DAN ANJING!?


LEMBU : Hai Anjing, Apa khabar? Macam ada yang tak kena je?


ANJING : Aku tengah tension ni. Mahu aje aku gigit manusia tadi.


LEMBU : Eh? Kenapa pulak?


ANJING : Tadi aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan sedang berkepit. Tiba-tiba si lelaki tu terperasan aku. Lepas tu dia terperanjat dan terus melompat lalu berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".


LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat (mughallazoh) bagi manusia. Biasalah tu.


ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?


LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.


ANJING: Wah! Tu dia! Ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Sedikit Penjelasan: Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram."


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci @ disamak (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat yang BESAR.


Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


Sentuh??? Dulu, saya pelik, kenapa pegang tangan pun mesti dijadikan salah satu garis pandu dalam proses "pengcouplelan"? Bukankah pegang tangan sesama bukan muhrim itu haram, garis panduan untuk orang Islam, bukan hanya bila couple? Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam kehidupan orang Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.


Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi.


Begitu juga dengan bangun subuh. Kalau orang yang masih berselimut walaupun dah dengar azan subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi. "Heleh, bid'ah betul. Selimut, selimutlah. Kulit orang, kulit oranglah. Mana nak sama dengan kulit babi?" Bendanya memang tak sama. Dosanya sama. Bukankah semua amalan, dosa dan pahalanya bergantung pada niat? :)


Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kalau Ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya. Kita akan ingat, walaupun hanya makwe/pakwe kita saja yang tahu apa yang kita buat, tapi Tuhan nampak dan tahu setiap sesuatu.


Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati, DIA (Allah) yang Maha Mengetahui. DIA menguji kita, ingatkah kita pada DIA? Back to the root. Back to Allah.


Akhir kalam : Segala yang baik dari Allah. Seandainya terdapat kesalahan harap dapat sahabat pembaca sekalian betulkan. Wasalam.

Sebarang perkongsian boleh melalui email berikut : ( rijaludeen@gmail.com )