Tuesday, September 13, 2011

Kisah Ringkas Tentang Konsep Tahaluf Siyasi


Terdapat tiga orang manusia yang hidup berjiran di sebuah kawasan perumahan. Rumah tengah didiami oleh seorang yang berbangsa Melayu bernama Haji Sulaiman. Beliau merupakan seorang muslim yang bekerja secara langsung dan terlibat dengan komited dalam perjuangan Islam. Jiran rumahnya sebelah kanan merupakan seorang India bernama Ramasamy. Beliau merupakan seorang penganut agama Hindu yang terlibat secara kukuh  dengan gerakan anti-Islam. Jiran sebelah kiri rumah Haji Sulaiman pula merupakan seorang yang berbangsa Cina. Ah Chai merupakan seorang yang menganut fahaman Taoisme serta merupakan salah seorang pendukung utama kumpulan liberalisme yang benci kepada Islam. Walaupun mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza, ketiga-tiga manusia ini tetap menjalin hubungan kejiranan yang baik.

Pada suatu hari, menjelang jam tiga pagi, sekumpulan perompak menaiki sebuah lori memecah masuk ke dalam rumah Haji Sulaiman. Ketiga-tiga jiran ini tidak sedar berlakunya kejadian tersebut sehingga tiba-tiba seorang dari perompak tersebut terjatuhkan gelas dan Haji Leman pun terjaga. Beliau keluar dari biliknya untuk melihat apa yang sedang berlaku. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa semuanya telah tiada melainkan dinding rumah dan bumbung sahaja. Dia merenung ke kawasan pagar rumahnya dan ternampak kelibat perompak yang sedang melarikan diri.

Tanpa berlengah, terus Haji menyambar kunci kereta miliknya dan keluar ke halaman rumah. Mujur keratanya tidak dikebas perompak tadi. Haji pun terus menghidupkan enjin kereta Audinya. Tiba-tiba terdengar suara memanggilnya.

Sunday, July 31, 2011

Perutusan Ramadhan Presiden MPMKUIS

Assalamualaikum warahmatullah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah Tuhan sekalian makhluk dan alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda. Tidak lupa juga, sama-sama kita doakan kesejahteraan keatas sahabat-sahabat baginda, para tabi’in dan pelapis tabi’in serta alim ulama’ dari zaman dahulu hingga sekarang. Begitu juga buat para pejuang Islam di seluruh dunia serta umat Islam, sama ada yang masih hidup ataupun telah kembali kepada rahmat Allah, insyaallah.

Firman Allah Subbahanahu wa ta’ala:

Monday, April 25, 2011

KONSEP BAI'AH DALAM ISLAM (BAHAGIAN PERTAMA)



بسم الله الرحمن الرحيم

Semoga Allah merahmati tetamu blog ini. Pada entry blog kali ini, ingin saya kongsikan sedikit pandangan dan ilmu yang saya dapat dalam cabang Siyasah Syar’iyyah iaitu bab Fiqh Al-Haraki. Tajuk pada kali ini ialah Konsep Bai’ah dalam Islam. Perkongsian tentang Konsep Baiah ini akan saya bahagikan kepada dua bahagian insyaallah, kerana huraian tentang konsep ini sangatlah panjang.

DALIL NAQLI TENTANG BAI’AH

Firman Allah dalam Al-Quran :

10. Sesungguhnya orang-orang Yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad, untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanya-sanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa Yang tidak menyempurnakan janji setianya, maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa Yang menyempurnakan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar. [Al-Fath]

Wednesday, March 2, 2011

AL-QIYADAH (AT-TAKLIF LA TASYRIF)

[Management_Board_3831143_.jpg]
بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته. الحمد لله رب العالمين وبه نستعين، ولا عدوان إلا على الظالمين. اللهم صل على محمد وعلى أهليه وصحبه اجمعين.

Pertama-tamanya, ingin saya memohon maaf kepada semua orang yang mengenali al-fakir ini… pada entry kali ini, ingin saya kongsikan sebuah konsep yang disebut dalam ilmu fiqh al-haraki sebagai القيادة التكليف لا التشريم yang saya kira perlu dinilai oleh semua manusia terutamanya mereka yang kini bergelar mas’ulun ‘anir ra’iyyatin… Artikel di bawah ini saya petik dan edit dari sebuah blog murabbi dakwah pemuda di Malaysia…

Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin di pelbagai peringkat dalam sesebuah organisasi, mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara'  serta berpandukan petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.

Kepimpinan (Al Qiadah) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (Tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (Taklif).