Tuesday, September 13, 2011

Kisah Ringkas Tentang Konsep Tahaluf Siyasi


Terdapat tiga orang manusia yang hidup berjiran di sebuah kawasan perumahan. Rumah tengah didiami oleh seorang yang berbangsa Melayu bernama Haji Sulaiman. Beliau merupakan seorang muslim yang bekerja secara langsung dan terlibat dengan komited dalam perjuangan Islam. Jiran rumahnya sebelah kanan merupakan seorang India bernama Ramasamy. Beliau merupakan seorang penganut agama Hindu yang terlibat secara kukuh  dengan gerakan anti-Islam. Jiran sebelah kiri rumah Haji Sulaiman pula merupakan seorang yang berbangsa Cina. Ah Chai merupakan seorang yang menganut fahaman Taoisme serta merupakan salah seorang pendukung utama kumpulan liberalisme yang benci kepada Islam. Walaupun mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza, ketiga-tiga manusia ini tetap menjalin hubungan kejiranan yang baik.

Pada suatu hari, menjelang jam tiga pagi, sekumpulan perompak menaiki sebuah lori memecah masuk ke dalam rumah Haji Sulaiman. Ketiga-tiga jiran ini tidak sedar berlakunya kejadian tersebut sehingga tiba-tiba seorang dari perompak tersebut terjatuhkan gelas dan Haji Leman pun terjaga. Beliau keluar dari biliknya untuk melihat apa yang sedang berlaku. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa semuanya telah tiada melainkan dinding rumah dan bumbung sahaja. Dia merenung ke kawasan pagar rumahnya dan ternampak kelibat perompak yang sedang melarikan diri.

Tanpa berlengah, terus Haji menyambar kunci kereta miliknya dan keluar ke halaman rumah. Mujur keratanya tidak dikebas perompak tadi. Haji pun terus menghidupkan enjin kereta Audinya. Tiba-tiba terdengar suara memanggilnya.