Sunday, April 22, 2012

Intima' dan Kategorinya

بسم الله الرحمن الريم


Coretan saya pada kali ini akan menghurai sedikit dari berjuta-juta ilmu yang telah dikaji oleh para ulama' dan dipraktikan dalam gerak kerja Amal Islami di serata dunia. Nukilan ini juga sekadar ringkasan dari himpunan kertas kerja yang telah dibuat oleh pelbagai ilmuan.

Konsep intima' merupakan kombinasi sinergi (memerlukan dua elemen yang mesti bersifat lengkap-melengkapi) yang amat berkait dengan konsep bai'ah. Tiada intima' tanpa adanya bai'ah dan begitulah juga sebaliknya.

Secara ringkasnya, Intima’ diterjemahkan dengan makna keterlibatan. Mengikut beberapa aktivis amal islami, intima' disyarahkan sebagai penglibatan seorang amilin dalam organisasi yang telah beliau bai'ahkan.

Ada juga yang mengistilahkan intima' sebagai larutnya seseorang yang telah berbai'ah itu  dalam perjuangan Islam secara jamaie (berkumpulan). Namun, saya lebih cenderung kepada menyebut intima' ialah keberadaan dan keterlibatan seseorang yang telah berbai'ah dalam perjuangan Islam secara faham dan bersungguh-sungguh.

Para ulama' telah membahagikan intima' kepada beberapa bahagian.

Monday, January 23, 2012

Rasulullah bersama Pemuda

Salam Ukhuwah Fillah. Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah buat kita manusia yang beriman. Semoga Allah membuka hati kita untuk meningkatkan diri menjadi mukmin dan mengukuhkan kita dalam landasan iman. Sahabat sekalian, Maulidur Rasul makin menghampiri kita. Adakah setiap kali tiba hari kebesaran ini baru kita mengingati baginda Rasulullah? Realitinya manusia itu nisyan (pelupa). Jom kita berubah wahai sahabat.


Terkadang kita lupa akhlak-akhlak yang beliau ajarkan kepada kita. Antaranya adab ketika bercakap dengan masyarakat, adab berinteraksi dalam organisasi dan adab-adab yang lain. Tidak lupa juga selawat kepada baginda. Allah! Bertapa alpanya manusia. Teringat saya kisah ketika mana Rasulullah hendak wafat. Masih tidak lupa kepada umatnya dan tanggungjawab sebagai rahmatal lil alamin. Di saat nyawa ditarik, disebutnya "Ummati, ummati, ummati". Allahuakbar. Jadikanlah kami umat baginda yang sentiasa menggalas sunnah perjuangan baginda.

Tuesday, September 13, 2011

Kisah Ringkas Tentang Konsep Tahaluf Siyasi


Terdapat tiga orang manusia yang hidup berjiran di sebuah kawasan perumahan. Rumah tengah didiami oleh seorang yang berbangsa Melayu bernama Haji Sulaiman. Beliau merupakan seorang muslim yang bekerja secara langsung dan terlibat dengan komited dalam perjuangan Islam. Jiran rumahnya sebelah kanan merupakan seorang India bernama Ramasamy. Beliau merupakan seorang penganut agama Hindu yang terlibat secara kukuh  dengan gerakan anti-Islam. Jiran sebelah kiri rumah Haji Sulaiman pula merupakan seorang yang berbangsa Cina. Ah Chai merupakan seorang yang menganut fahaman Taoisme serta merupakan salah seorang pendukung utama kumpulan liberalisme yang benci kepada Islam. Walaupun mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza, ketiga-tiga manusia ini tetap menjalin hubungan kejiranan yang baik.

Pada suatu hari, menjelang jam tiga pagi, sekumpulan perompak menaiki sebuah lori memecah masuk ke dalam rumah Haji Sulaiman. Ketiga-tiga jiran ini tidak sedar berlakunya kejadian tersebut sehingga tiba-tiba seorang dari perompak tersebut terjatuhkan gelas dan Haji Leman pun terjaga. Beliau keluar dari biliknya untuk melihat apa yang sedang berlaku. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa semuanya telah tiada melainkan dinding rumah dan bumbung sahaja. Dia merenung ke kawasan pagar rumahnya dan ternampak kelibat perompak yang sedang melarikan diri.

Tanpa berlengah, terus Haji menyambar kunci kereta miliknya dan keluar ke halaman rumah. Mujur keratanya tidak dikebas perompak tadi. Haji pun terus menghidupkan enjin kereta Audinya. Tiba-tiba terdengar suara memanggilnya.