Sunday, April 22, 2012

Intima' dan Kategorinya

بسم الله الرحمن الريم


Coretan saya pada kali ini akan menghurai sedikit dari berjuta-juta ilmu yang telah dikaji oleh para ulama' dan dipraktikan dalam gerak kerja Amal Islami di serata dunia. Nukilan ini juga sekadar ringkasan dari himpunan kertas kerja yang telah dibuat oleh pelbagai ilmuan.

Konsep intima' merupakan kombinasi sinergi (memerlukan dua elemen yang mesti bersifat lengkap-melengkapi) yang amat berkait dengan konsep bai'ah. Tiada intima' tanpa adanya bai'ah dan begitulah juga sebaliknya.

Secara ringkasnya, Intima’ diterjemahkan dengan makna keterlibatan. Mengikut beberapa aktivis amal islami, intima' disyarahkan sebagai penglibatan seorang amilin dalam organisasi yang telah beliau bai'ahkan.

Ada juga yang mengistilahkan intima' sebagai larutnya seseorang yang telah berbai'ah itu  dalam perjuangan Islam secara jamaie (berkumpulan). Namun, saya lebih cenderung kepada menyebut intima' ialah keberadaan dan keterlibatan seseorang yang telah berbai'ah dalam perjuangan Islam secara faham dan bersungguh-sungguh.

Para ulama' telah membahagikan intima' kepada beberapa bahagian.

Monday, January 23, 2012

Rasulullah bersama Pemuda

Salam Ukhuwah Fillah. Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah buat kita manusia yang beriman. Semoga Allah membuka hati kita untuk meningkatkan diri menjadi mukmin dan mengukuhkan kita dalam landasan iman. Sahabat sekalian, Maulidur Rasul makin menghampiri kita. Adakah setiap kali tiba hari kebesaran ini baru kita mengingati baginda Rasulullah? Realitinya manusia itu nisyan (pelupa). Jom kita berubah wahai sahabat.


Terkadang kita lupa akhlak-akhlak yang beliau ajarkan kepada kita. Antaranya adab ketika bercakap dengan masyarakat, adab berinteraksi dalam organisasi dan adab-adab yang lain. Tidak lupa juga selawat kepada baginda. Allah! Bertapa alpanya manusia. Teringat saya kisah ketika mana Rasulullah s.a.w menghampiri waktu kewafatan baginda. Masih tidak lupa beliau untuk berpesan kepada umatnya, melihat adakah umatnya melaksanakan solat ataupun tidak. Inilah hebatnya seorang Nabi Allah. Dalam kesakitan yang menghampiri ajal, masih memikirkan tentang legasinya, memastikan ALLAH yang paling besar dan utama dalam diri umatnya. Allahuakbar. Jadikanlah kami umat baginda yang sentiasa menggalas sunnah perjuangan baginda.