Monday, January 23, 2012

Rasulullah bersama Pemuda

Salam Ukhuwah Fillah. Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah buat kita manusia yang beriman. Semoga Allah membuka hati kita untuk meningkatkan diri menjadi mukmin dan mengukuhkan kita dalam landasan iman. Sahabat sekalian, Maulidur Rasul makin menghampiri kita. Adakah setiap kali tiba hari kebesaran ini baru kita mengingati baginda Rasulullah? Realitinya manusia itu nisyan (pelupa). Jom kita berubah wahai sahabat.


Terkadang kita lupa akhlak-akhlak yang beliau ajarkan kepada kita. Antaranya adab ketika bercakap dengan masyarakat, adab berinteraksi dalam organisasi dan adab-adab yang lain. Tidak lupa juga selawat kepada baginda. Allah! Bertapa alpanya manusia. Teringat saya kisah ketika mana Rasulullah s.a.w menghampiri waktu kewafatan baginda. Masih tidak lupa beliau untuk berpesan kepada umatnya, melihat adakah umatnya melaksanakan solat ataupun tidak. Inilah hebatnya seorang Nabi Allah. Dalam kesakitan yang menghampiri ajal, masih memikirkan tentang legasinya, memastikan ALLAH yang paling besar dan utama dalam diri umatnya. Allahuakbar. Jadikanlah kami umat baginda yang sentiasa menggalas sunnah perjuangan baginda.




Pada entry kali ini, saya ingin kongsikan satu video yang saya lihat di youtube setelah seorang sahabat tag di profile FB saya. Video yang menggegarkan jiwa seorang daie tentang uslub dakwah mereka. (hanya 15 minit sahabat sekalian) Silalah lihat dan dengar, kongsi serta paling penting amalkan. Insyaallah. Semoga Allah merahmati kita semua. Wasalam. ^_^

video

No comments:

Post a Comment