Tuesday, September 13, 2011

Kisah Ringkas Tentang Konsep Tahaluf Siyasi


Terdapat tiga orang manusia yang hidup berjiran di sebuah kawasan perumahan. Rumah tengah didiami oleh seorang yang berbangsa Melayu bernama Haji Sulaiman. Beliau merupakan seorang muslim yang bekerja secara langsung dan terlibat dengan komited dalam perjuangan Islam. Jiran rumahnya sebelah kanan merupakan seorang India bernama Ramasamy. Beliau merupakan seorang penganut agama Hindu yang terlibat secara kukuh  dengan gerakan anti-Islam. Jiran sebelah kiri rumah Haji Sulaiman pula merupakan seorang yang berbangsa Cina. Ah Chai merupakan seorang yang menganut fahaman Taoisme serta merupakan salah seorang pendukung utama kumpulan liberalisme yang benci kepada Islam. Walaupun mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza, ketiga-tiga manusia ini tetap menjalin hubungan kejiranan yang baik.

Pada suatu hari, menjelang jam tiga pagi, sekumpulan perompak menaiki sebuah lori memecah masuk ke dalam rumah Haji Sulaiman. Ketiga-tiga jiran ini tidak sedar berlakunya kejadian tersebut sehingga tiba-tiba seorang dari perompak tersebut terjatuhkan gelas dan Haji Leman pun terjaga. Beliau keluar dari biliknya untuk melihat apa yang sedang berlaku. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa semuanya telah tiada melainkan dinding rumah dan bumbung sahaja. Dia merenung ke kawasan pagar rumahnya dan ternampak kelibat perompak yang sedang melarikan diri.

Tanpa berlengah, terus Haji menyambar kunci kereta miliknya dan keluar ke halaman rumah. Mujur keratanya tidak dikebas perompak tadi. Haji pun terus menghidupkan enjin kereta Audinya. Tiba-tiba terdengar suara memanggilnya.


"Haji, mau pegi mana pagi-pagi buta ini?" sapa Ah Chai.
"Rumah saya kena rompak." balas Haji Leman.
"Aduyai, itu macam ka haji. Mana perompak itu, mari kita belasah dia." kata Ramasamy.
"Saya nampak meraka memandu kearah bandar. Mesti mereka menghala ke lebuhraya. Saya nak kejar mereka." kata Haji Leman.
"Jom haji. Kita kejar sekali. Saya ikut jalan kiri ni. Boleh potong sama dia punya kalau saya lalu jalan ini." cadang Ah Chai.
"Ya. Ya. Betul tu haji. Saya pi ikut jalan kanan. Haji jalan ikut belakang dia. Nanti sebelum dia sampai tol lebuhraya, kita dapat tangkap dia." tambah Ramasamy pula.
"Baik, jom." respon Haji.

Setelah 15 minit memecut dengan kereta masing-masing, akhirnya mereka dapat menyekat lori perompak tersebut di tol dengan kepakaran menggunakan kekuatan penuh kereta masing-masing. Perompak tersebut dibelasah secara "jamaie" oleh ketiga-tiga watak rekaan tersebut. {^_^}

MORAL OF THE STORY

1) Terkadang sesuatu perkara yang perlu dan wajib dilakukan oleh umat Islam, memerlukan kerjasama dan bantuan dari pihak lain terutamanya apabila pihak tersebut jelas matlamatnya untuk menentang sesuatu yang buruk dan hasil daripada perkara tersebut, mendatangkan kesan yang positif kepada banyak pihak dan masa akan datang.

2) Berlainan fikrah, tidak mengahalang daripada berlakunya satu persepakatan terutama dalam perlaksanaan menyelesaikan sesuatu hal selagi mana ianya tidak berlanggar dengan dasar dan prinsip perjuangan yang didokong. Untuk membezakan antara perkara cabang dan perkara induk, rujuklah kepada pimpinan semasa.

3) Tahaluf Siyasi telah diamalkan oleh Rasulullah sejak zaman-berzaman dalam pelbagai peristiwa sirah. Persepakatan yang dilakukan pada waktu tersebut meletakkan ISLAM mengatasi segalanya. Al-Ghayah yang tetap dan jelas perlu dipandu oleh Konsep-konsep Fiqh Haraki yang bersistematik secara menyeluruh mengikut lunas-lunas syarak yang ditetapkan Islam.

Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. {Kalau ada salah, mohon teguran dari sahabat sekalian. Boleh juga hantarkan respon ke rijaludeen@gmail.com} ^_^

1 comment: