Tuesday, November 26, 2019

Komunikasi Dalam Organisasi


Minta Izin

Ketua minta izin pada ahli menunjukkan sikap rendah diri. Tidak menjadi suatu kemestian kerana ketua mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu keputusan tanpa izin ahli. Kecuali keputusan tersebut melibatkan hak ahli yang sepatutnya ditunaikan.

Ahli minta izin pada ketua menunjukkan sikap hormat. Menjadi suatu kemestian kerana ahli tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan melainkan dengan izin ketua. Kecuali dalam beberapa perkara yang telah diberi kuasa kepadanya.

Maklum

Ketua memberi maklum mengenai perancangan masa hadapan organisasi, keadaan semasa organisasi dan beberapa perkara yang mesti diketahui ahli supaya kerja dapat berjalan dengan baik. Ketua perlu berusaha memahamkan ahli dengan sebaik-baik cara dan membuka ruang supaya pemakluman dapat berlangsung dengan baik dalam organisasi.

Ahli memberi maklum mengenai perancangan masa hadapan diri dan permasalahan semasa yang dihadapi. Selain itu, ahli perlu memahami bahawa ketua tidak dapat untuk memahami kesemua ahli dalam organisasi tanpa inisiatif dan usaha dari ketua serta ahli tersebut.

Rujuk

Ketua mesti merujuk kepada ahli dalam urusan perlaksanaan kerja terkini atau keadaan serta permasalahan yang berlaku secara mendasar, supaya organisasi dapat dipelihara dari konflik yang pelbagai. Terkadang ketua juga perlu merujuk kepada penasihat atau individu lain yang lebih berilmu dan berpengalaman.

Ahli mesti merujuk kepada ketua dalam urusan tugas yang tidak difahami atau tidak dapat dilaksanakan supaya perkara tersebut dapat diselesaikan dengan segera. Merujuk perlulah kepada orang yang berautoriti supaya konflik dapat dielakkan.

Bincang

Ketua dan ahli perlu sentiasa bertemu untuk saling berbincang mengenai perkembangan organisasi. Hal ini dapat menambah rasa kebertanggungjawapan dan sayang terhadap organisasi. Dalam istilah gerakan Islam disebut ruhul jama'ah.

Allahua'lam. Akan cuba ditambah baik secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment