Monday, November 30, 2015

Bagaimana Menjadi Biro Publisiti / Promosi?

Coretan ini hasil pengalaman, sembang-sembang dan pantauan serta pengamatan terhadap semua aktiviti melibatkan publisiti di sebuah kampus. Coretan ini mungkin akan di update sekiranya rajin dan ada masa lapang untuk berkongsi.


1. Kenal pasti sasaran yang disasarkan untuk hadir aktiviti yang dianjurkan. Dalam hal ini, pendetailan amat penting. Sasaran yang detail, mengandungi bilangan, jantina, lingkungan umur dan tanggungjawab sosial. Contohnya, 100 siswa KUIS dan 150 siswi KUIS. Dari situ jelas tempat-tempat dan jenis publisiti yang perlu menjadi tumpuan dan digunakan oleh Biro Publisiti. Sekiranya maklumat yang lebih detail diperolehi adalah lebih baik. Contohnya, aktiviti mensasarkan pelajar di semester ke lima atau enam. Maka, biro akan mengenalpasti penginapan mereka melalui kawan-kawan atau terus berjumpa dengan individu yang berpengaruh dalam kalangan pelajar semester lima atau enam.

2. Kenal pasti jumlah peruntukkan kewangan yang diberi atau akan diberi kepada biro untuk melaksanakan kerja. Pendetailan terhadap jumlah keseluruhan dan jumlah pecahan adalah penting. Contoh, total bajet untuk biro ialah RM100. RM40 untuk banner dan selebihnya poster. Ini akan memudahkan biro untuk mengatur time line kerja dan menghasilkan kerja yang tepat dengan kemampuan kewangan aktiviti.

3. Kenal pasti bahan publisiti yang perlu digunakan. Terdapat banyak jenis bahan publisiti di masa kini. Antara yang popular dalam kampus ialah banner, bunting, poster, video dan lain-lain. Setiap bahan ini memerlukan maklumat yang terperinci dan berbeza bagi biro melaksanakan kerja. Antaranya ialah saiz, isi, warna, tema dan lain-lain. Berubahnya bahan dari segi kualiti mahupun kuantiti memberi kesan kepada belanjawan dan timeline kerja biro publisiti.

Sekadar ini sahaja dahulu yang dapat dikongsikan. Allahua’lam.

No comments:

Post a Comment