Monday, April 5, 2010

Mana Lebih Haram???

Hayatilah kisah di bawah...


ANTARA PEGANG AWEK DAN ANJING!?


LEMBU : Hai Anjing, Apa khabar? Macam ada yang tak kena je?


ANJING : Aku tengah tension ni. Mahu aje aku gigit manusia tadi.


LEMBU : Eh? Kenapa pulak?


ANJING : Tadi aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan sedang berkepit. Tiba-tiba si lelaki tu terperasan aku. Lepas tu dia terperanjat dan terus melompat lalu berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".


LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat (mughallazoh) bagi manusia. Biasalah tu.


ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?


LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.


ANJING: Wah! Tu dia! Ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Sedikit Penjelasan: Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram."


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci @ disamak (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat yang BESAR.


Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


Sentuh??? Dulu, saya pelik, kenapa pegang tangan pun mesti dijadikan salah satu garis pandu dalam proses "pengcouplelan"? Bukankah pegang tangan sesama bukan muhrim itu haram, garis panduan untuk orang Islam, bukan hanya bila couple? Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam kehidupan orang Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.


Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi.


Begitu juga dengan bangun subuh. Kalau orang yang masih berselimut walaupun dah dengar azan subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi. "Heleh, bid'ah betul. Selimut, selimutlah. Kulit orang, kulit oranglah. Mana nak sama dengan kulit babi?" Bendanya memang tak sama. Dosanya sama. Bukankah semua amalan, dosa dan pahalanya bergantung pada niat? :)


Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kalau Ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya. Kita akan ingat, walaupun hanya makwe/pakwe kita saja yang tahu apa yang kita buat, tapi Tuhan nampak dan tahu setiap sesuatu.


Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati, DIA (Allah) yang Maha Mengetahui. DIA menguji kita, ingatkah kita pada DIA? Back to the root. Back to Allah.


Akhir kalam : Segala yang baik dari Allah. Seandainya terdapat kesalahan harap dapat sahabat pembaca sekalian betulkan. Wasalam.

Sebarang perkongsian boleh melalui email berikut : ( rijaludeen@gmail.com )

No comments:

Post a Comment